Sebagaimana telah kita ketahui bahwa Putra-putri pemuda-pemudi adalah pemimpin pelapis di masa depan. Mereka pemimpin pelapis bagi sebuah negara, bangsa dan agama demi kebahagiaan dan keselamatan. Mereka yang akan mengambil alih pimpinan negara, mengganti pemimpin yang ada sekarang.
Andai saja Kalau pemimpin yang ada pada saat ini tidak pandai mendidik, menjaga mereka, pemimpin yang akan datang dari mereka akan merusakkan negara, bangsa dan agama Islam. Mereka adalah aset bagi satu bangsa dan negara. Aset yang lebih berharga daripada aset semulajadi yang menjadi khazanah negara. Bahkan aset yang mati dan beku itu, aset yang menjadi man power itulah yang akan menggerak dan mentadbirnya.
Kalau mereka telah rusak kerana kecuaian pemimpin yang ada, kekayaan negara di masa hadapan merekalah yang akan membolotnya. Bagaimana menjaga mereka sebagai aset negara dan bangsa?
1. Bangunkan akal mereka dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan dan pengalaman untuk agama, bangsa dan negara.
2. Jagalah kesihatan mereka hingga fizikal mereka terpelihara, cergas dan berguna.
3. Didiklah nafsu mereka agar tidak rakus dengan nikmat dunia dan tidak sombong dengan kerjayanya
4. Bangunkan roh mereka dengan mengenalkan Tuhan, takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, tanamkan rasa bertuhan. Hati mereka akan bersih dari noda-noda dunia dan mereka akan menjadi manusia berakhlak mulia.
Akhlak yang mulia adalah bunga diri dan bunga bangsa. Hati mereka yang bersih itulah ketahanan diri mereka daripada godaan dunia dan betina. Jika mereka berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan, jiwa mereka tahan. Mereka akan sabar menerima ujian sama ada daripada manusia mahupun kejadian bencana alam.
Gejala-gejala negatif daripada luar buatan musuh mereka dapat hindarkan kerana ketahanan jiwa mereka begitu kebal dan tebal.Pemimpin yang ada sekarang diharap ambil perhatian terhadap anak-anak muda kerana jika tersilap mendidik mereka, merekalah yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara mereka.
Satu bangsa kalau sudah tersilap, untuk memulihkannya semula memakan masa ratusan tahun lamanya.Aduh berapa generasi yang akan rosak dibuatnya. Moga-moga Tuhan lindungi kita semua.
0 komentar:
Posting Komentar